CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, January 7, 2009

sotong goreng berempah

salam semua...lama sungguh alyn tak menyertakan resepi di sinikann..maaflah waktu yg kesibukkan dan kerana melahirkan anak ke 2 membuatkan alyn sibuk lah sangat.untuk kali ini alyn hanya selalu masak yg simple2 aja.dan makan malam alyn hidangkan pulak cuma sotong goreng berempah...kita lihat car menyediakannya..






Bahan bahan
7-8 ekor sotong besar
3sd mkn serbuk kunyi babas
3sd mkn serbuk kari ikan babas
3sd makan tepung jagung
sedikit garam [secukup rasa]
1sd mkn sos nampla [sos ikan]


cara menyediakan.
masukkan kesemua bahan kecuali tepung jagung.peram kan dalam 10 minit.
kemudian panaskan minyak dalam kuali,sambil menunggu minyak panas..masukkan tepungjangung kedalam sotong dah gaul rata.kemudian goreng sehingga masak dan garing.

***[sotong mestilah habis terendam dalam minyak panas untuk hasil gorengan yg cantik]
sekian selamat mencuba.

Friday, September 12, 2008

Ayam Masak Halia

alyn suker makan lauk yg ada letak halia..hubby n my dotter pon suker..utk lauk berbuka puasa hari tuu..alyn ada buat Ayam masak halia..jom kita intai resepi setelah kuperap dalam peti heheheh...





Bahan bahan

1/2 ekor ayam yg di potong kecil [ikut suker lah saiznya]
sebuku halia tua [tak tau lah nk bg tau saiznya - besar gakk]
2 bj bawang bombay [kalo tak suker byk kurangkan 1 bj]
2sd mkn sos tiram
5 ulas bawang putih cincang [ alyn kasik ketuk jer ]
2 sd mkn tepung jagung + iar masak [utk pekatkan kuah]
1sd mkn sos nampla [sos ikan]
1sd mkn cili padi siap blend [ ikut suka pedas]kalau takder tumbuk leww..
1 cwn [sedikit air utk buat kuah kalau suka]
1senduk minyak masak
garam secukup rasa

Cara menyediakan
goreng bawang bombay sehingga separuh lecur,masukkan cili padi biarkan sebentar supaya cili agak masak [kalo x nnt sakit perut pulak].Kemudian masukkan ayam yg telah siap di potong,gaul rata biarkan sebentar sehingga ayam separuh masak.

Kemudian masukkan air kedalam masakan tadi,masukkan juga sos nampla dan sos tiram.biar sebentar.Masukkan garam secukup rasa dan last sekali masukkan tepung jagung biar seketika sehingga masakk dan rasakann garam.Kalo ok,bolehlah di angkat dan di hidang..

Selamat Mencuba..

Tom Yam Ayam Bersantan

Tom Khaa Kai (Chicken, Coconut and Galangal soup)
(sumber dari MummyRoz RN)

Bahan:
750 ml santan (ataupun 200 ml santan Harmuni kotak, tambah air 550ml)
2 batang serai (diketuk)
2 inci lengkuas (dihiris kasar)
4 biji bawang merah (ditumbuk / blender)

400 g isi ayam
2 sudu makan sos ikan (produk Thailand, ada dijual di supermarket)

200 g tomato (dibelah 6 atau 8)
150 g cendawan tiram (dicarik-carik, jadi 2 atau 3 slices)
3 sudu makan jus limau nipis
1 sudu makan gula
6 helai daun limau purut
5 biji cili padi merah atau 2 biji cili merah (buang biji dan dihiris halus)
Sedikit garam
Sedikit daun ketumbar (optional, untuk hiasan)

Cara:
Masukkan santan, serai, lengkuas dan bawang merah ke dalam periuk, masak dengan api kecil sehingga mendidih.
Masukkan ayam, sos ikan, gula dan didihkan sampai ayam dah masak. Kacau selalu supaya tak pecah minyak.
Masukkan tomato, cendawan dan didihkan lagi dalam 3 minit.
Masukkan jus limau nipis, daun limau purut dan cili.
Tambahkan garam secukupnya.
Sup ni tidaklah pedas sangat, ia sepatutnya ada rasa manis, masam dan masin.
Untuk hiasan, taburkan sedikit daun ketumbar sebelum dihidang.

Wednesday, September 10, 2008

Sambal Tumis Nasi Lemak [sumber - mesra.net]

Bahan-Bahan:[cara 1]
Segenggam ikan bilis digoreng
2 biji bawang merah ditumbuk
1 biji bawang Putih ditumbuk
Cili kering dikisar
Air asam jawa
Minyak
1 labu dan bawang besar dikisar halus
Belacan
Gula
Garam
Ajinomoto

Cara:
Minyak dipanaskan, masukkan bawang putih dan bawang merah. Dah naik bau dan kekuningan masukkan cili + bawang besar yang dikisar halus + gula + garam + aji + belacan dan air asam.Masak hingga cili masak sampai timbul minyak baru masukkan ikan bilis yang digoreng
Cadangan Hidangan:
Kalau buat sambal ni bayak2 tanpa ikan bilis pun takpe. Boleh buat sambal segera, tambah ikan goreng ke, buat nasi& mee goreng serta ayam masak merah pun sedap.
Tambahan:
Rahsia kesedapan sambal tumis ni terletak pada bawang besar yang dikisar
tadi. Sambal semuanya sama tapi nak tahu sedapnya sambal ni kena cuba baru tahu.



bahan2 (sumber - cook4u)[cara2]
Bahan:

1 cawan ikan bilis - dicuci, toskan dan goreng
1 labu bawang besar - potong kasar sedikit

kisar:
10 tangkai cili kering, direndam air panas dlm 15 minit
5 ulas bawang merah kecil
1 labu bawang besar
1 ulas bawang putih
sedikit belacan (ikut suka)

1 sudu keping asam jawa
gula melaka, secukupnya
garam, secukupnya

Cara ;:

Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sampai naik baunya. masak sampai sedikit kering, kemudian masukkan air. (ikut suka — kalau suka berkuah lebih, banyakkan airnya dan kalau suka sambal yang pekat, kurangkan.)

Masukkan air asam, gula , dan bawang besar tadi. Masak sampai bawang layu. Masukkan ikan bilis yang sudah digoreng tadi dan kacau rata. Rasakan asam/garam dan manisnya. .


selamat mencuba